Saturday, August 21, 2010

ELEKTRON VALENSI

Elektron yang terletak di lapisan luar atom dan yang senang terkeluar daripada atomnya dipanggil “ELEKTRON VALENSI”

Elektron-elektron yang berada di dalam lapisan luar atau lapisan yang jauh sekali daripada nukleus mempunyai daya tarikan yang lemah terhadap nukleus.

Apabila ia mempunyai daya tarikan yang lemah maka ia senang terkeluar daripada orbit atomnya jika ada tenaga luar menariknya.

Elektron valensi juga dikenali elektron bebas.

PENGHASILAN BAHAN SEPARUH PENGALIR JENIS-N DAN JENIS-P


Bahan jenis N dan jenis P sebenarnya terbentuk dari hablur germanium dan Silikon yang dicampur dengan atom-atom bendasing. 

Perkara asas yang perlu diketahui bagi pembentukan bahan N dan P :

Pembawa Arus : Elektron bebas dan Hol 

Sekiranya Ikatan Kovalen terganggu kerana salah satu daripada faktor yang disebutkan sebelum ini, terdapat elektron yang akan terbebas dari ikatannya.
 
Oleh kerana elektron bercas negatif, maka elektron bebas ini dikenali sebagai Pembawa Arus Negatif. Elektron yang terbebas akan meninggalkan ruang kosong yang kitasebut sebagai hol.
Ruang (hol)  ini bercas positif, jadi ia disebut sebagai Pembawa Arus Positif.

Separuh pengalir Intrinsik :

Separuh pengalir intrinsik ialah separuh pengalir tulin dan tidak mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti hablur Germanium dan Silikon

Separuh pengalir Ekstrinsik : 

Apabila separuh pengalir intrinsik dicampurkan dengan bendasing akan menghasilkan separuh pengalir ekstrinsik

Proses percampuran ini dikenali sebagai ‘Proses pengedopan’ (doping). Iaitu proses memperbanyakkan salah satu pembawa arus (elektron bebas atau lubang) dalam separuh pengalir 

Bendasing yang digunakan dikenali sebagai Trivalens (mempunyai 3 elektron valens) atau Pentavalens (mempunyai 5 elektron valens)

Wednesday, August 18, 2010

STUKTUR ATOM

Semua benda sama ada pepejal, cecair atau gas, terdiri daripada gabungan berjuta-juta atom yang tersusun untuk menjadikan sesuatu elemen.

Atom adalah unsur yang paling halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Contohnya, ia terdiri daripada elemen-elemen oksigen dan hidrogen.

Setiap atom terdiri daripada tiga jenis zarah asas iaitu Proton, Neutron dan Elektron.